Tuesday, January 5, 2010

Salam Perkenalan

Salam dan Selamat Sejahtera

Terima kasih kerana sudi melayari laman blog wanita sihat dan bijak. Sebagai tanda penghargaan kepada waktu anda, kami membenarkan anda untuk menjawab 3 soalan di bawah. Mudah-mudahan ia memberi manfaat kepada kita semua.

  • Apa jenis tuala wanita yang anda gunakan?
  • Apakah simpton-simpton yang anda alami semasa haid?
  • Adakah anda tahu bahawa penggunaan tuala wanita yang murah boleh menyebabkan penyakit kronik?

INFO PENTING: MESTI BACA

Petikan Utusan Malaysia 16/6/09 Oleh SADATUL MAHIRAN ROSLI

SETIAP tahun hampir 143,000 nyawa wanita diragut daripada keluarga tersayang, meninggalkan anak-anak dan suami yang masih memerlukan belaian kasih sayang seorang ibu dan isteri, hanya gara-gara kanser serviks.

Dalam konteks dunia, sekurang-kurangnya 270,000 kematian ekoran kanser ini dilaporkan setahun dengan sekitar 80 peratus daripadanya berlaku di negara-negara membangun di mana hanya 41 peratus daripada wanita berpeluang mendapatkan rawatan seandainya mereka ingin terus hidup.

Namun begitu, realiti yang menyedihkan ini bagaimanapun tidak bermakna kita terpaksa akur kepada takdir semata-mata. Tetapi, beberapa faktor risiko yang akan meletakkan wanita kepada bahana kanser serviks sepatutnya dijadikan panduan.

Kanser serviks yang menjejaskan bahagian bawah uterus telah dikenal pasti berpunca daripada beberapa jenis virus yang dikenali sebagai virus human papilloma (HPV). Meskipun pada awalnya penyakit ini tidak menunjukkan sebarang simptom, tetapi apabila petanda-petanda seperti pendarahan dari faraj dan kesakitan pada bahagian pelviks mulai dirasai, maka tibalah waktunya anda perlu mengambil langkah segera bagi mencegahnya daripada melarat menjadi kanser.

Salah satu penyebab kepada kanser ini ialah kegagalan wanita untuk menjaga kebersihan di bahagian serviks dan vagina ketika datang haid atau menjalani kehidupan seharian. Ini kerana risiko wanita yang berumur dijangkiti penyakit vagina dan seterusnya kanser serviks adalah setinggi 83 peratus. Manakala sebanyak 62 peratus daripadanya adalah disebabkan oleh penggunaan tuala wanita berkualiti rendah.

Justeru itu, wanita harus berhati-hati dalam memilih jenama tuala wanita yang digunakan semasa datang haid atau sebagai pelapik pakaian dalam. Pensyarah bebas kolej kejururawatan, Sharifah Hasnah Syed Mohd. Zain berkata, tuala wanita umpama rakan karib bagi wanita. Walaupun ia sebagai penyelamat kepada wanita daripada kebocoran semasa haid atau lelehan keputihan yang keterlaluan, ia sebenarnya boleh memudaratkan secara diam sekiranya menggunakan tuala wanita yang bermutu rendah.

''Ini kerana jika menggunakan tuala wanita yang bermutu rendah, dalam masa dua jam akan berlaku pembiakan bakteria dengan mudah. "Permukaan lapisan pertama boleh tercemar jika tidak ditukar dalam tempoh lama dan menurut kajian bilangan bakteria bertambah 107 kali pada setiap milimeter persegi.

''Antara simptom yang biasa diperoleh oleh wanita yang menggunakan tuala wanita yang berkualiti rendah ialah seperti lelehan keputihan, senggugut, kegatalan atau jangkitan pada luar dan dalam vagina, keradangan serviks, panas badan, sakit di bahagian abdomen dan masalah kulit.

''Keadaan ini jika dibiarkan boleh menyebabkan seseorang diserang pelbagai penyakit serius yang lain seperti kanser serviks, kehilangan rahim, kesukaran mendapat zuriat dan boleh membawa maut.

Saturday, January 2, 2010

Info Penting untuk Wanita

ANCAMAN TUALA WANITA

Adakah anda tahu bagaimana pad yg anda pakai setiap kali datang bulan itu diproses ?-Tuala wanita diperbuat daripada serbuk pulpa kayu yang dilembutkan dan diputihkan melalui proses pelunturan dengan bahan peluntur berklorin yang menghasilkan bahan kimia iaitu dioksin. Apabila telah lembut, lapisan inilah yang dijadikan tuala wanita pakai buang dan digunakan oleh wanita diseluruh dunia pada tahun 1970.

Bagaimana DIOKSIN Meresap ke dalam Rahim?-Darah haid yang mengalir keluar akan memasuki tuala wanita melalui permukaan jaringan atau kain bukan kapas. Gas toksik yang dibebaskan akan terus berhubung dengan kulit dan akhirnya menyebabkan jangkitan. Sekiranya tuala wanita tersebut menggunakan kain kapas semulajadi, ia akan menyerap segala gas bertoksik. Ia akan mengelakkan masalah jangkitan, ruam, gatal atau alahan. Darah haid akan mengalir keluar dari uterus dan diserap oleh tuala wanita. Sejenis gas bertoksik yang dinamakan dioksin akan terbebas melalui proses pemeluapan. Dioksin akan diserap ke dalam rahim melalui saluran uterus dan akhirnya sampai di ovari melalui tiup falopio.

Dipetik dari UTUSAN PENGGUNA (Julai 2002).

Tahukah anda bahawa kebanyakkan tuala wanita (dan tampon) diperbuat dan dilunturkan dengan sebatian klorin yang mengandungi sisa organo klorindan karsinogen yang diketahui - dioksin! EPA AS telah menamakan dioksin sebagai karsinogen paling berbahaya diketahui oleh sains. Kajian EPA pada tahun 1996 mengaitkan pendedahan dioksin dengan peningkatan risiko bagi endometriosis (jangkitan padalapisan uterus). EPA telah merumuskan bahawa orang yang mengalami pendedahan yang TINGGI terhadap dioksin mungkin berisiko menanggung kesan lain yang boleh:*

  1. Melemahkan sistem imun.*
  2. Meningkatkan risiko panyakit radangan pelvik.*
  3. Mengurangkan kesuburan dan kesukaran mendapatkan anak.*
  4. Berkemungkinan menganggu perkembangan janin dan kanak-kanak (bagi perempuan hamil).

Dalam ujian di luar Negara, tuala wanita telah didapati mengandungi 400 bahagian trillion (bpt)dioksin. Walaupun industri kertas telah menetapkan paras sedemikian adalah terlalu rendah untuk menimbulkan sebarang masalah kesihatan, kajian-kajian telah menunjukkan dioksin berpindah dengan mudah daripada produk kertas. Ikan dan hidupan liar lain telah mati selepas pendedahan kepada doskecil sebanyak 38 bahagian per quadrillion dioksin. Secara purata, wanita menggunakan kira-kira 15,000 tuala wanita sepanjang hayatnya. Kesan pendedahan berterusan kepada dioksin yang selamanya tersimpan dalam sel lemak mungkin menjadi kumulatif dan boleh membawa maut.

DIKELUARKAN DENGAN PENGGUNAAN BANYAK BAHAN KIMIA. Untuk membuat tuala wanita, setiap pulpa kayu pada mulanya direndam didalam air, di dalam besen besar. Kebanyakan bahan kimia dan pewarna yang diperlukan, dimasukkan pada peringkat ini. (Pulpa itu kemudiannya digeser dan diberus serta dimasukkan dengan udara untuk menggebukannya). Sesetengah tuala mengandungi rayon tambahan yang juga berasal daripada kayu untuk penyerapan tambahan. Serat di dalam kayu dilarutkan didalam larutan kaustik, dipancut ke dalam jet haus di dalam air berasid. (Campuran itu kemudiannya membeku dan mongering menjadi gentian lebih panjang). Proses bahan kimia termasuk "de-inking" bahan yang dikitar semula, membasuh dengan bahan pencuci dan meluntur. (Akibatnya sesetengah bahan kimia yang digunakan kekal di dalam tuala wanita). Bahan penambah juga digunakan untuk menambah sifat tuala wanita itu. Ini termasuk agen penyerap dan agen tahan basah - seringkali digunakan polysorbate dan urea formaldehid. Pelunturan selanjutnya melibatkan klorin mungkin berlaku untuk menambahkan keputihan.

APA YANG BOLEH ANDA LIHAT. Itulah bahagian yang anda tidak boleh lihat! Tetapi bahagian luar tuala wanita yang anda boleh lihat itu sekalipun bukanlah semuanya asli. Plastik bawah - untuk mencegah kebocoran biasanya diperbuat daripada polythene. Fabrik yang menyalut tuala wanita adalah bahan ringan yang seringkali merupakan polypropylene atau rayon. Bahagian belakang mengandungi 1 atau 2 jalur pelekat yang diselaputi dengan jalur kertas sebatian silikon. (Tuala wanita itu kemudiannya dibungkus di dalam bag plastik. Bungkusan itu sendiri mungkin dicetak dengan corak - sekali lagi proses bahan kimia!).

PENUH BAKTERIA! Tuala wanita juga boleh mengandungi bakteria kerana ia bukan produk yang dibasmi kuman! Pada 1987, ujian CAP ke atas beberapa jenama popular yangd ijual di sini mendapati jumlah bakteria yang tinggi sehingga 11,000 (lebih 10 kali ganda piawaian keselamatan antarabangsa). Ini boleh membawa kepada jangkitan faraj di kalangan wanita yang menggunakan tuala wanita. Produk kebersihan seperti tuala wanita juga boleh ditempatkan di pasaran tanpa terlebih dahulu membuktikan keselamatan atau keberkesanannya walaupun di Negara-negara maju. Di Kanada misalnya `depressor lidah', pembalut luka, dan flos gigi kesemuanya dianggap sebagai alat perubatan tetapi tidak tuala wanita. Wanita adalah sasaran mudah kerana mereka terikat oleh biologi untuk didatangi haid sekurang kurangnya selama 35 tahun. Oleh itu, wanita adalah pasaran tawanan dan berkemungkinan menjadi mangsa trauma beberapa jenis tuala wanita (dan tampon). Oleh itu adalah penting bahawa wanita mengetahui hakikat supaya mereka boleh mendapatkan alternative lebih selamat - seperti menggunakan kain yang bukan sahaja selamat tetapi juga boleh digunakan semula banyak kali.

Friday, January 1, 2010

Ancaman Tuala Wanita

Tahukah anda yang TUALA WANITA ANCAMAN KESIHATAN DALAM DIAM?(maklumat dari Utusan Pengguna July 2002)

Jika anda rajin membaca atau layari internet berkaitan dengan kesihatan, anda akan kerap kali terjumpa wanita yang mempunyai berbagai masalah sakit puan, sehingga ramai orang menganggap sakit puan adalah perkara biasa bagi wanita. Sebenarnya, apa yang diutarakan hanyalah oleh sebilangan kecil wanita sahaja kerana ramai yang lebih suka merahsiakan penyakit-penyakit berkaitan alat sulit dan sistem peranakan kerana malu.

Berapa kerap kita mendengar kawan-kawan mengadu mengidap gatal-gatal dan keputihan atau kekuningan? Ada yang menahan kepedihan kerana melecet-lecet akibat digaru, ada yang sampai tak boleh tidur, duduk pun tidak selesa... tapi malu untuk mendapatkan rawatan. Jika telah dirawat pun perkara begini seringkali berulang semula. Alat sulit adalah bahagian yang paling disukai oleh bakteria dan kulat/fungus untuk bertapak dan membiak kerana bahagian ini sentiasa lembab dan terlindung. Cuba anda lihat betapa banyak produk cucian faraj dijual di pasaran secara terbuka.

Bakteria boleh memasuki faraj ketika wanita mencuci najis dengan air, dengan menyapu tangannya dari belakang ke depan dan secara tidak langsung mengibas air yang dicemari najis ke arah alat sulitnya. Cara jangkitan lain ialah ketika bersama suami, apabila alat sulit suami tidak dicuci bersih atau tergesel lubang najis isteri. Setelah melakukan hubungan kelamin wanita amat mudah mendapat jangkitan. Bau najis misalnya adalah hasil dari tindakbalas kuman dan sisa makanan dalam usus. Jika kuman yang sama secara tidak sengaja termasuk ke dalam faraj, sudah tentu ia akan membiak dan menghasilkan cecair faraj yang berbau. Keadaan ini dikenali sebagai bacterial vaginosis dan jika jangkitan itu kekal kemungkinan ia akan mengakibatkan masalah kesuburan seperti keguguran janin dan keradangan selaput dalam rahim atau endometrium.

Ramai wanita mengidapi pelbagai masalah ketika haid, bersalin, menopaus dan pada waktu-waktu lain juga tanpa mengira usia. Selain ketidakseimbangan hormon, faktor utama adalah jangkitan bakteria dan kulat/fungus. Jangkitan ini bukan setakat di luar tetapi menular hingga ke bahagian dalam sistem peranakan wanita. Salah satu punca kanser rahim dan ovari adalah kerana jangkitan bakteria. Bakteria boleh merosakkan sel-sel dan menimbulkan berbagai komplikasi.

Ketika wanita di datangi haid atau selepas bersalin / keguguran, wanita akan menggunakan pad. Takungan darah di pad itu menggalakkan pembiakan bakteria kerana kandungan protein darah menjadi sumber makanan bakteria. Selepas memakainya beberapa jam, wanita akan terasa gatal-gatal di bahagian faraj, malah selepas habis haid ramai wanita mendapat jangkitan pundi kencing menyebabkan kesakitan dan kerap buang air kencing. Jangkitan yang teruk dan berulang serta jika ditambah faktor daya ketahanan badan yang lemah akan mengakibatkan wanita berkenaan terdedah kepada risiko mengidap penyakit yang lebih teruk seperti turun darah berterusan, ovarian cyst, endometriosis, kanser dan sebagainya.

Beberapa hasil ujian yang dilakukan di negara barat membuktikan terdapat bahan toksid dalam tuala wanita biasa. Persatuan Pengguna Pulau Pinang juga pernah mendedahkan bahaya tuala wanita yang biasa kepada kaum wanita. Selain dari takungan darah yang menjadi punca pembiakan bakteria, kandungan dalam tuala wanita tersebut sendiri mendedahkan wanita kepada risiko penyakit yang digeruni tanpa disedari. Berapa ramai wanita yang sedar bahawa tuala wanita diperbuat daripada gentian/serbuk pulpa kayu yang diputihkan dengan bleaching? Bleaching adalah asid peluntur yang biasa digunakan semasa mencuci pakaian atau lantai rumah. Asid ini apabila di lekatkan pada kulit seperti difaraj, ianya akan menyerap masuk ke dalam sel-sel tubuh badan dan lama kelamaan akan terkumpul dan boleh memudaratkan rahim.

Rata-rata wanita fikir semua tuala wanita diperbuat daripada kapas asli kerana ia berwarna putih. Jika anda sering menonton TV & terperasan iklan mengenai tuala wanita, cuba perhatikan tulisan `permukaannya seperti kapas asli’ yang membawa maksud ianya bukan dibuat dari 100% kapas asli. Kandungan dioksin / toksik yang tertinggal dalam tuala wanita biasa boleh meresap masuk ke dalam tubuh si pemakainya dan kemudian tersimpan dan terkumpul di dalam sel lemak badan. Ini boleh menimbulkan kerosakan/penyakit yang serius dan membawa maut. Pengguna berhadapan dengan risiko lemah sistem imuniti, radang pelvik, kurang subur serta ia turut menjejaskan perkembangan dan kesihatan janin dalam kandungan.

Tuala wanita biasa yang berasaskan pulpa kayu juga mengandungi bakteria. Hasil ujian Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendapati jumlah bakteria amat tinggi sehingga 10 kali ganda lebih dari piawaian antarabangsa dan boleh membawa kepada jangkitan faraj. Info dari Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan statistik wanita di Malaysia yang menghidapi masalah dalaman seperti barah rahim, endometriosis, ketumbuhan, fibroid dll semakin meningkat.

Walaupun penyelidikan yang telah dibuat tidak dapat betul-betul membuktikan sejauh mana tahap bahaya dioksin dalam tuala wanita, tetapi banyak kajian yang mendapati memang terdapat dioksin dalam tuala wanita dan menyokong supaya penggunaan tuala wanita diperbuat daripada pulpa kayu dielakkan dan menggantikannya dengan tuala wanita daripada kapas asli.


Tuala Wanita WANISA

Terima kasih kepada inovasi teknologi terkini, golongan wanita di seluruh dunia berpeluang merasai kebaikan menakjubkan FIR setiap hari. Rahsia WANISA terletak pada Jalur Bio-Perlindungan Multi Tindakan yang diliputi khas dengan serbuk Bioseramik termaju dan anti-bakteria Nano Perak yang tidak sekadar memancarkan FIR dan ion negatif untuk kebaikan peningkat kesihatan, bahkan ia memberikan fungsi kawalan anti-bakteria dan penyahbauan untuk keselesaan dan keyakinan menyeluruh.









Testimoni Pengguna WANISA

Rosni Bt Basir
(Banting, Umur 39, Anak 5) (WANISA Pakej 1)
Baguss ye!!!!!!!! Dah lama saya cari pad yg 'berkebolehan' macam ni. Dahulu 'stain' selalu ada bila hari pertama, kedua kerana pad biasa2 yg saya beli tak dapat menampung 'aliran deras' ketika itu. Dan biasanya saya terpaksa pakai pad 'overnight' walaupun siang supaya rasa lebih yakin bila berada di khalayak ramai. Kerap kali selepas datang bulan pula, saya akan kena kegatalan . Tak boleh tidur malam, rasa nak garu je! Alhamdulillah dengan penggunaan WANISA, kadar serapan 3 kali ganda dari biasa dan gatal-gatal pun dah hilang!

Norliana Bt Mohd Akhiar
(Sijangkang, Umur 28 tahun, Anak 4)(WANISA Pakej 1)


Saya telah menggunakan WANISA selama 3 bulan. WANISA telah melancarkan perjalanan haid saya dan menghilangkan senggugut dan simpton sebelum haid. WANISA mempunyai daya serapan yang berkuasa 3 kali ganda dari biasa. Kalau sebelum guna 5-6 pad sehari, kini bila guna WANISA hanya 3 pad sehari. Saya juga guna pantiliner yang menyerap dengan berkuasa untuk mengawal lebihan lembapan (keputihan).

Ja'aronah Ahmad Razali
(Banting, Umur 43, Anak 5)(WANISA Pakej 1 & 2 )

Saya baru sebulan menggunakan WANISA. Pengaliran darah sangat lancar. Juga mengetatkan otot faraj, tidak berbau dan gatal-gatal hilang. WANISA senang dibasuh.

Zalina Bte Zakaria
(Klang, Umur 36, Anak 3) (WANISA Pakej 1)

WANISA selesa dipakai dan senang dibersihkan, rasa segar kerana kurang bau dan sentiasa rasa kering dan tidak rasa gatal. WANISA sangat bagus untuk semua wanita peringkat umur.

Roziah Bt Hashim
(Shah Alam, Umur 24) (WANISA Pakej 1)

Saya telah menggunakan WANISA selama sebulan. Selepas menggunakan WANISA saya dapati haid cepat habis. Saya rasa kekeringan walaupun haid pada hari pertama dan kedua. Selain itu apa yang paling seronok adalah WANISA boleh mengelak bau hanyir semasa membasuh.

Pakej WANISA & Kaedah Memperolehi

Wanisa boleh didapati dalam 3 pakej iaitu Pakej 1, Pakej 2 dan Pakej 3. Pakej-pakej WANISA adalah seperti di bawah. Harga untuk setiap pakej adalah sama iaitu RM66 termasuk kos penghantaran. Penghantaran adalah menggunakan perkhidmatan Pos Laju.

Pakej 1.
(Siang 10 pad X 2, Malam 8 pad X 1 & Pelapik 30 pad X 1)
Pakej 2:
(Siang 10 pad X 3 & Pelapik 30 pad X 1)
Pakej 3:
(Malam 8 pad X 3 & Pelapik 30 X 1)

Untuk Sebarang Maklumat, Hubungi

Kaedah Untuk Mendapatkan WANISA

Hubungi Kami & Senarai Pengedar

ZMP POWER RESOURCES
B-30-1, Tingkat 1
Banting Uptown Business Centre
Jalan Bunga Pekan 9
42700 Banting Selangor
(Fax: 03-31812955)
email: rosnizmp@yahoo.com

SENARAI PENGEDAR WANISA
Norliana Mohd Akhiar (Sijangkang, Selangor) (HP:017-3702823)
Ja'aronah Ahmad Razali (Banting, Selangor) (HP:013-6233819)
Zalina Zakaria (Klang, Selangor)(HP:019-3139294)