Saturday, January 2, 2010

Info Penting untuk Wanita

ANCAMAN TUALA WANITA

Adakah anda tahu bagaimana pad yg anda pakai setiap kali datang bulan itu diproses ?-Tuala wanita diperbuat daripada serbuk pulpa kayu yang dilembutkan dan diputihkan melalui proses pelunturan dengan bahan peluntur berklorin yang menghasilkan bahan kimia iaitu dioksin. Apabila telah lembut, lapisan inilah yang dijadikan tuala wanita pakai buang dan digunakan oleh wanita diseluruh dunia pada tahun 1970.

Bagaimana DIOKSIN Meresap ke dalam Rahim?-Darah haid yang mengalir keluar akan memasuki tuala wanita melalui permukaan jaringan atau kain bukan kapas. Gas toksik yang dibebaskan akan terus berhubung dengan kulit dan akhirnya menyebabkan jangkitan. Sekiranya tuala wanita tersebut menggunakan kain kapas semulajadi, ia akan menyerap segala gas bertoksik. Ia akan mengelakkan masalah jangkitan, ruam, gatal atau alahan. Darah haid akan mengalir keluar dari uterus dan diserap oleh tuala wanita. Sejenis gas bertoksik yang dinamakan dioksin akan terbebas melalui proses pemeluapan. Dioksin akan diserap ke dalam rahim melalui saluran uterus dan akhirnya sampai di ovari melalui tiup falopio.

Dipetik dari UTUSAN PENGGUNA (Julai 2002).

Tahukah anda bahawa kebanyakkan tuala wanita (dan tampon) diperbuat dan dilunturkan dengan sebatian klorin yang mengandungi sisa organo klorindan karsinogen yang diketahui - dioksin! EPA AS telah menamakan dioksin sebagai karsinogen paling berbahaya diketahui oleh sains. Kajian EPA pada tahun 1996 mengaitkan pendedahan dioksin dengan peningkatan risiko bagi endometriosis (jangkitan padalapisan uterus). EPA telah merumuskan bahawa orang yang mengalami pendedahan yang TINGGI terhadap dioksin mungkin berisiko menanggung kesan lain yang boleh:*

  1. Melemahkan sistem imun.*
  2. Meningkatkan risiko panyakit radangan pelvik.*
  3. Mengurangkan kesuburan dan kesukaran mendapatkan anak.*
  4. Berkemungkinan menganggu perkembangan janin dan kanak-kanak (bagi perempuan hamil).

Dalam ujian di luar Negara, tuala wanita telah didapati mengandungi 400 bahagian trillion (bpt)dioksin. Walaupun industri kertas telah menetapkan paras sedemikian adalah terlalu rendah untuk menimbulkan sebarang masalah kesihatan, kajian-kajian telah menunjukkan dioksin berpindah dengan mudah daripada produk kertas. Ikan dan hidupan liar lain telah mati selepas pendedahan kepada doskecil sebanyak 38 bahagian per quadrillion dioksin. Secara purata, wanita menggunakan kira-kira 15,000 tuala wanita sepanjang hayatnya. Kesan pendedahan berterusan kepada dioksin yang selamanya tersimpan dalam sel lemak mungkin menjadi kumulatif dan boleh membawa maut.

DIKELUARKAN DENGAN PENGGUNAAN BANYAK BAHAN KIMIA. Untuk membuat tuala wanita, setiap pulpa kayu pada mulanya direndam didalam air, di dalam besen besar. Kebanyakan bahan kimia dan pewarna yang diperlukan, dimasukkan pada peringkat ini. (Pulpa itu kemudiannya digeser dan diberus serta dimasukkan dengan udara untuk menggebukannya). Sesetengah tuala mengandungi rayon tambahan yang juga berasal daripada kayu untuk penyerapan tambahan. Serat di dalam kayu dilarutkan didalam larutan kaustik, dipancut ke dalam jet haus di dalam air berasid. (Campuran itu kemudiannya membeku dan mongering menjadi gentian lebih panjang). Proses bahan kimia termasuk "de-inking" bahan yang dikitar semula, membasuh dengan bahan pencuci dan meluntur. (Akibatnya sesetengah bahan kimia yang digunakan kekal di dalam tuala wanita). Bahan penambah juga digunakan untuk menambah sifat tuala wanita itu. Ini termasuk agen penyerap dan agen tahan basah - seringkali digunakan polysorbate dan urea formaldehid. Pelunturan selanjutnya melibatkan klorin mungkin berlaku untuk menambahkan keputihan.

APA YANG BOLEH ANDA LIHAT. Itulah bahagian yang anda tidak boleh lihat! Tetapi bahagian luar tuala wanita yang anda boleh lihat itu sekalipun bukanlah semuanya asli. Plastik bawah - untuk mencegah kebocoran biasanya diperbuat daripada polythene. Fabrik yang menyalut tuala wanita adalah bahan ringan yang seringkali merupakan polypropylene atau rayon. Bahagian belakang mengandungi 1 atau 2 jalur pelekat yang diselaputi dengan jalur kertas sebatian silikon. (Tuala wanita itu kemudiannya dibungkus di dalam bag plastik. Bungkusan itu sendiri mungkin dicetak dengan corak - sekali lagi proses bahan kimia!).

PENUH BAKTERIA! Tuala wanita juga boleh mengandungi bakteria kerana ia bukan produk yang dibasmi kuman! Pada 1987, ujian CAP ke atas beberapa jenama popular yangd ijual di sini mendapati jumlah bakteria yang tinggi sehingga 11,000 (lebih 10 kali ganda piawaian keselamatan antarabangsa). Ini boleh membawa kepada jangkitan faraj di kalangan wanita yang menggunakan tuala wanita. Produk kebersihan seperti tuala wanita juga boleh ditempatkan di pasaran tanpa terlebih dahulu membuktikan keselamatan atau keberkesanannya walaupun di Negara-negara maju. Di Kanada misalnya `depressor lidah', pembalut luka, dan flos gigi kesemuanya dianggap sebagai alat perubatan tetapi tidak tuala wanita. Wanita adalah sasaran mudah kerana mereka terikat oleh biologi untuk didatangi haid sekurang kurangnya selama 35 tahun. Oleh itu, wanita adalah pasaran tawanan dan berkemungkinan menjadi mangsa trauma beberapa jenis tuala wanita (dan tampon). Oleh itu adalah penting bahawa wanita mengetahui hakikat supaya mereka boleh mendapatkan alternative lebih selamat - seperti menggunakan kain yang bukan sahaja selamat tetapi juga boleh digunakan semula banyak kali.

No comments:

Post a Comment